Thursday 28 April 2011

adakah kalian belajar mengenai adat dan adab??? 

aku telah menilai persepsi sebuah kehidupan ini... jika mahu berjaya dalam hidup kita haruslah beradab dan beradat dan juga menghormati sesebuah perhubungan itu... jika seseorang itu tiada sifat yang telah di nyatakan.. itu bermakna ibubapa mereka gagal mendidik mereka... apakah ibubapa tahu yang mereka sedang mendidik seseorang yang dapat menyelamatkan mereka dari api neraka? kebanyakan ibubapa tahu namun alpa dan mengambil ringan dalam cara pendidikan... apabila anak mereka hilang kawalan barulah mereka berkata "silap saya sebab tak didik dia dari kecik lagi.." dan ayat yang seumpamanya...

pernah terjadi dalam hidup saya beberapa peristiwa.. pertama=


ketika saya sedang menonton tv.. saya berbaring di atas kusyen sambil menikmati rancangan kegemaran saya... pastu saya terasa ada sesuatu di kepala saya.. bila saya dongak saya tengok sepasang kaki di kusyen tempat saya berbaring.. dalam hati terus berditk satu ayat sahaja iaitu "kurang ajar!" kawan serumah saya yang duduk di kerusi biasa tapi meletak kan kaki di tempat saya baring... ikut nafsu saya tampar sahaja... namun saya penakut...membuatkan saya berdiam diri dalam diam namun panas! 


kedua=


ketika di tempat kerja sambil menunggu TNB seorang kawan saya duduk di kerusi pemandu namun kakinya itu di letakkan di stereng dan terdetik dalam hati saya "stereng tu aku pegang ngan tangan pastu boleh dyer letak kaki plak.. kete bapak dyer wat macam ni gak ke?" ikut nafsu naik sepak terajang kat situ namun ketakutan mendatang lagi... dan adakalanya semasa mereka duduk di kerusi belakang kaki mereka di naikkan sehingga di letakkan di kerusi pemandu yang di mana tempat kepala bersandar terdetik lagi dalam hati saya "tu tempat aku sandar kepala.. memang takade adat! bantal yang mak dyer wat tidur pon dyer letak kaki gak ke?" ikut hati hancur muka saya libas ngan spanar... namun ketakutan membolosi kemarahan lagi...


apa yang saya fikir mereka hanyalah budak2 yang baru 'nek' atau baru kenal dunia... mereka mudah angin namun apakah mereka sedar angin mereka itu tidak kemana...kerana angin(kemarahan) itu adalah syaitan dalam diri mereka.. 


jauhilah la amarah itu dengan wuDuk (",)

2 comments: